~PiCaSa & pHoToSnAck~

Thursday 24 May 2012

~rEfLekSi SmaRtbOaRd~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…^_^

          Pada kuliah kali ini, saya telah belajar mengenai satu alat bantuan mengajar yang terkini dan lebih berteknologi tinggi iaitu smart board. Alat ini merupakan salah satu alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah sentuhan dan juga boleh digunakan dengan menyambung pada komputer riba.
          Saya telah belajar serba sedikit mengenai cara penggunaan alat ini semasa sesi amali. Antaranya ialah cara untuk calibrate alat ini sebelum digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, alat ini dapat membantu guru dalam memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana para pelajar dapat menggunakannya secara berkumpulan atau berdua-dua. Selain itu, para pelajar dapat menulis, melukis dan berinteraksi dengan menggunakan segala kandungan yang terdapat dalam smart board tersebut.
          Seterusnya, dengan menggunakan teknologi smart board yang terbaru iaitu siri 885ix, para pelajar dapat menukar dengan lancar penulisan yang menggunakan pensel atau pen kepada memadam dengan menggunakan tapak tangan dan juga dapat menggerakkan objek menggunakan jari. Tambahan pula, guru-guru boleh mengakses secara percuma, sedia untuk menggunakan sumber-sumber pendidikan, termasuk beribu-ribu standard berkorelasi aktiviti SMART pelajaran Notebook, bila-bila masa di laman web Bursa SMART. Guru-guru juga boleh merakam setiap langkah aktiviti pengajaran kepada pelajar untuk mengkaji semula pada suatu masa kemudian.
          Perkara yang lebih menarik mengenai teknologi smart board ini adalah ia dapat digunakan bersama-sama dengan program yang telah dimuat turun ataupun program yang sedia ada di dalam komputer yang digunakan. Beberapa aplikasi lain yang kebiasaannya digunakan bersama dengan Smart board ini antaranya ialah Microsoft PowerPoint, Excel, Word, dan AutoCAD.
          Sebagai kesimpulan daripada pembelajaran saya pada kali ini, teknologi masa kini begitu banyak memberikan kita kemudahan terutama dalam meningkatkan serta melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan penggunaan smart board ini, guru-guru juga dapat menarik minat para pelajar kerana para pelajar gemar dan suka sekiranya guru pandai mempelbagaikan cara dan gaya P&P. Walaupun kini sekolah-sekolah di negara kita masih kurang menggunakan aplikasi seperti ini tetapi di masa akan datang Insya-Allah kemudahan ini akan wujud di sekolah-sekolah. Kita sebagai bakal guru sekurang-kurangnya perlu tahu dan mempelajari tentang penggunaan aplikasi seperti ini bagi memudahkan serta melancarkan proses P&P di masa akan datang. 
Sekian dan selamat menjadi guru yang UP TO DATE dengan teknologi kini…^_^



No comments:

Post a Comment