~PiCaSa & pHoToSnAck~

Thursday 24 May 2012

~rEfLekSi lEcTuRe MaKer~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…^_^

          Dalam sesi kuliah yang lepas, saya telah belajar mengenai penggunaan lecture maker. Sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenai aplikasi lecture maker ini. Saya selalu menggunakan aplikasi power point untuk melakukan slideshow bagi pembentangan yang perlu saya jalankan. Aplikasi lecture maker ini merupakan aplikasi yang lebih canggih dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh kita masukkan ke dalam slideshow.
          Apa yang menarik tentang lecture maker? Terdapat pelbagai aplikasi yang tidak terdapat di dalam power point tapi ada di dalam aplikasi lecture maker. Contohnya, di dalam lecture maker ini kita dapat merakan suara sebagai latar belakang slideshow. Tambahan pula, kita boleh menyusun sendiri susunan gambar, teks dan juga video yang kita telah masukkan ke dalam slide.
          Terdapat pelbagai lagi alat atau aplikasi yang menarik yang dapat kita gunakan untuk mencantikkan serta menjadikan slideshow kita menarik untuk ditonton. Tambahan pula, segala maklumat yang ingin disampaikan melalui pembentangan slideshow akan menjadi lebih berkesan dengan adanya pergerakan, teks, gambar, video dan juga audio yang bersesuaian dengan tajuk pembentangan. Justeru, saya sebagai bakal guru harus mempelajari dengan lebih mendalam mengenai penggunaan lecture maker kerana aplikasi ini sedikit sebanyak akan membantu saya untuk menjadikan suasana P&P menarik dan lancar.
Jangan lupa semua, guru yang bermutu adalah guru yang sentiasa mencari kelainan dalam setiap pengajaran yang dilakukan. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian terima kasih…^_^ 

No comments:

Post a Comment