~PiCaSa & pHoToSnAck~

Thursday 24 May 2012

~rEfLekSi SimUlaSi~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…^_^

          Kuliah kali ini adalah berkaitan dengan penggunaan aplikasi simulasi di dalam kelas. Simulasi merupakan satu kaedah menghasilkan semula keadaan tertentu untuk tujuan kajian atau latihan. Tujuan simulasi dijalankan adalah untuk menjimatkan masa sesuatu kajian. Tambahan pula, sesuatu kajian yang dijadikan dalam bentuk simulasi selalunya menggunakan alatan yang sangat mahal serta tidak mampu untuk dibeli oleh pihak sekolah. Jadi dengan adanya kaedah ini, kajian atau latihan yang susah untuk dilakukan akan menjadi senang dan masa kajian turut dapat dikurangkan.
          Pada pandangan saya, kaedah simulasi sangat sesuai dijalankan di dalam kelas formal ataupun di dalam kelas amali kerana para pelajar berpeluang untuk menjalankan kajian yang secara amnya tidak dapat dilakukan kerana masalah-masalah seperti yang telah saya terangkan di atas. Selain itu, para pelajar juga tidak akan berasa bosan kerana mereka akan menjalankan aktiviti secara aktif bersama guru dan rakan-rakan yang lain.
          Kaedah simulasi ini tidaklah asing bagi saya kerana sebelum ini di dalam subjek fizik turut menggunakan kaedah simulasi untuk melakukan kajian atau amali. Dengan adanya simulasi mengenai kajian yang akan dijalankan, saya dapat melakukannya berulang-ulang kali tanpa perlu mengeluarkan tenaga mahupun wang. Jadi kaedah ini sangat bersesuaian dijalankan di dalam bilik darjah.
          Justeru seperti post-post saya yang lepas, seorang guru yang cemerlang seharusnya mengetahui sedikit sebanyak kaedah baru yang dapat dijalankan ketika berada di dalam kelas bagi membantu pemahaman para pelajar. 
Sekian terima kasih dan selamat maju jaya…^_^
          

No comments:

Post a Comment