~PiCaSa & pHoToSnAck~

Thursday 24 May 2012

~rEfLekSi dOkumEn aNaLisIs~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…^_^

          Tugasan pertama saya bagi subjek ini adalah berkenaan dengan dokumen analisis. Pada amnya, dokumen analisis ialah pecahan kaedah penyelidikan analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunikasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah disampaikan.
          Saya perlu membuat dokumen analisis mengenai sekolah bestari di Malaysia. Sekolah Bestari merupakan salah satu komponen utama dalam projek Koridor Raya Multimedia. Konsep sekolah ini bersandarkan kepada dua asas penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni dan kepakaran teknologi maklumat (IT). Dua asas penting ini yang menekankan kepada pembinaan dan pembangunan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta pembinaan nilai, menjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara.
           Sekolah Bestari memberi penekanan kepada pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menggunakan teknologi sebagai kaedah utama dan disokong oleh manusia yang berketerampilan, berkemahiran, polisi dan proses.  Ia menggunakan maklumat untuk memilih dan melaksanakan kaedah dan peralatan yang berkesan dan disertai dengan sokongan keperluan organisasi dan pembangunan profesional berterusan.
          Pandangan saya mengenai tugasan dokumen analisis ini, kaedah ini turut berkesan untuk digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, para pelajar akan mempelajari cara-cara untuk mencari maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam teks yang telah diberi oleh guru. Dengan cara ini, para pelajar tidak akan terlalu bergantung pada guru untuk mencari maklumat yang diperlukan. Tambahan pula, secara tidak langsung mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar ataupun isu-isu semasa.
Gamsahabnida (terima kasih)…^_^

No comments:

Post a Comment