~PiCaSa & pHoToSnAck~

Sunday 20 May 2012

PDP diRi Ku...^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Insya-Allah pada tahun-tahun akan datang, sebagai seorang pendidik dalam bidang sains, saya merancang untuk menjadi seorang pendidik yang pintar dan sentiasa dapat mencari idea baru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Saya berdedikasi untuk memperbaiki diri saya dan belajar lebih lanjut mengenai biologi dalam pendidikan. Saya akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aktiviti yang berpusatkan pelajar di dalam kelas supaya semua pelajar dapat melibatkan diri secara aktif ketika proses P&P. Tambahan pula, pelajar tidak akan berasa bosan sepanjang kelas kerana masa dan ruang mereka ketika P&P telah dipenuhi dengan aktiviti yang menarik.
Berdasarkan usaha perancangan strategik untuk memastikan suasana yang selamat ketika berada di dalam kelas di mana semua pelajar berasa dihargai, di mana pelajar mencari guru-guru untuk bimbingan dan sokongan dengan keperluan pembelajaran mereka. Tambahan pula, saya akan berusaha untuk mengingati nama setiap pelajar saya supaya mereka tidak akan berasa tersisih. Dengan cara ini mereka akan berasa selesa ketika berada bersama saya di dalam kelas dan proses P&P dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Saya percaya proses pengajaran perlu lahir tulus dari hati dan saya juga perlu memupuk nilai kesabaran yang tinggi kerana setiap pelajar mempunyai watak dan perangai yang berbeza-beza. Justeru, saya bercadang untuk melatih jiwa dan diri saya dengan menghadiri motivasi supaya saya akan dapat mengawal emosi saya ketika berdepan dengan kerenah para pelajar saya di kemudian hari. Tambahan pula, saya tidak mahu melatah dengan melakukan sesuatu tindakan yang akan menyebabkan saya menyesal di masa akan datang.
Alhamdulillah, kini saya sedang melanjutkan pelajaran saya dalam bidang pendidikan yang juga merupakan harapan ibu bapa saya. Dengan itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendisiplinkan diri saya agar apabila tiba masa untuk saya mengajar, saya mampu untuk menjadi seperti ibu saya yang begitu komited dalam kerjayanya sebagai seorang pendidik anak bangsa. Insya-Allah sekiranya saya diberi peluang, saya akan melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.  Seterusnya, segala ilmu yang saya pelajari kini akan saya aplikasikan ketika mengajar kelak. Semoga segala doa dan usaha akan saya peroleh hasilnya di masa akan datang. Selepas menamatkan pengajian saya, saya boleh meningkatkan kemahiran pengajaran saya dan berasa lebih yakin untuk mendidik pelajar-pelajar saya. Amin ^_^

1 comment:

  1. Casino City - Mapyro
    This casino 진주 출장안마 is located in The Casino. 광주 출장안마 The 군산 출장샵 casino's 충주 출장안마 layout 공주 출장샵 is beautiful. The rooms offer various types of entertainment. The gaming floor is decorated  Rating: 4.6 · ‎8 reviews

    ReplyDelete