~PiCaSa & pHoToSnAck~

Tuesday 14 April 2015

~tEntaNg dIriKu~

assalamualaikum semua...^_^
Saya Syarifah Nur Hidayatul Afifah Bt Syed Mohamed Adnan merupakan salah seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang ISM Pendidikan Sains (AT16). Disebabkan nama saya begitu panjang, jadi rakan-rakan sekalian boleh la memanggil saya 'effa'. 
Saya merupakan anak kelahiran negeri Pahang tetapi sekarang saya sekeluarga telah menetap di Serdang, Kedah. Saya merupakan anak sulung daripada 4 adik-beradik.
Apa yang menyebabkan saya ingin berkhidmat dalam bidang perguruan/pendidikan?
Sebenarnya sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik seperti mama saya. Mama saya merupakan guru mata pelajaran kemahiran hidup. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi serta suka melakukan perkara baru bagi menaikkan nama sekolah. Jadi, sikap beliau telah menaikkan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Kini, alhamdulillah saya telah selangkah maju ke hadapan dalam menggapai bintang yang akan saya capai suatu hari nanti iaitu dalam meniti kehidupan sebagai seorang warga pendidik yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara tercinta. 
Amin....

'Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu di imaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun'.