~PiCaSa & pHoToSnAck~

Thursday 24 May 2012

~rEfLekSi lEcTuRe MaKer~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…^_^

          Dalam kuliah yang lepas, saya telah diperkenalkan dengan satu lagi perisian percuma iaitu Picasa. Sebenarnya saya sudah tahu mengenai perisian ini melalui adik saya. Saya juga memang menggunakan perisian ini untuk mengedit gambar-gambar saya. Sebelum ini, saya menggunakan perisian ACDSee photo manager 12. Tetapi selepas dikenalkan dengan Picasa, saya dapati Picasa lebih senang dikendalikan serta terdapat lebih banyak aplikasi yang menarik.
          Tambahan pula, perisian Picasa ini membolehkan saya untuk melihat, mengedit, menyusun dan juga memuat turun gambar ke mana-mana sahaja terutama ke dalam blog saya. Bagi saya, perisian ini sangat berkualiti kerana ia bukan sahaja mudah dikendalikan malahan segala fail saya turut disusun mengikut tarikh di mana dengan cara ini akan lebih memudahkan saya untuk mencari gambar-gambar yang terdapat di dalam komputer.
          Antara aplikasi yang terdapat di dalam perisian Picasa ini ialah mengatur gambar, mengedit gambar dan juga mencetak gambar-gambar yang telah diedit. Tambahan pula, Picasa juga mempunyai kaedah editing kesan yang pelbagai antaranya ialah menajamkan foto, menjadikan foto hitam putih atau berwarna sepia, meletakkan kesan film grain, warmify, saturation, tint, graduated tint, focal B&W dan banyak lagi. Menarikkan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam perisian Picasa ini? Jadi apa tunggu lagi cuba la sendiri. Saya pasti anda semua pasti teruja dengan hasilnya nanti. 
Selamat mencuba…!!!!! ^_^




contoh collage menggunakan PICASA...^_^

No comments:

Post a Comment