~PiCaSa & pHoToSnAck~

Thursday 24 May 2012

~rEfLekSi dAtA LoGgEr~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…^_^

          Pada kuliah kali ini, saya telah didedahkan dengan cara penggunaan data logger. Data logger ialah sebuah alat peranti elektronik yang digunakan untuk merekod data dari masa ke semasa terutama sekali untuk kegunaan di dalam makmal. Data logger ini turut dikenali sebagai data perakam. Alat ini digunakan untuk menyukat suhu, kelembapan dan PH. Dengan adanya alat seperti ini kita tidak perlu bersusah payah untuk merekod data sambil menjalankan eksperimen. Hal ini kerana setiap data yang diperoleh akan secara automatik disimpan di dalam memori data logger tersebut. Tambahan pula, data-data tersebut turut disimpan dalam bentuk graf dan juga jadual.
          Kemudian, pada sesi amali pula saya dan rakan-rakan telah diberi sebuah data logger. Kami diminta untuk menyukat suhu bagi air yang mendidih dan juga suhu bagi ais. Kami juga diajar cara-cara untuk mencari rekod data yang telah disimpan secara automatik di dalam data logger tersebut.
          Selain itu, data logger ini dapat digunakan sebagai pemantau dan perakam data variabel meteorologi seperti kondisi cuaca contohnya kecepatan angin, curah hujan, kelembapan udara, intensiti matahari dan lain sebagainya.
          Pada pendapat saya, alat ini bukan sahaja dapat menyingkatkan masa amali malahan ia juga dapat membantu untuk mendapatkan data yang tepat kerana segala data telah disimpan dan direkodkan dengan sempurna di dalam data logger tersebut. Saya berharap semoga teknologi ini dapat digunakan di sekolah-sekolah pada masa akan datang…^_^


No comments:

Post a Comment